Saturday, September 19, 2009

AKTA BATINKU

telah menjadi sebahagian janji hakiki
tanpa pertikaian tanpa persoalan
suara harus memilih kota diam diri
jika ingin terus dimiliki segala puja;
- tapi bukan itu yang kuimpi
kerana batinku masih menyanyangi
rakyat di dalam diriku

kota diam diri yang telah termaktub
sejak aku dipertemukan dengan sepi
di dalamnya ada wangian pasrah
yang menghiasi jambangan redha

kubina kota diam diri
tak bererti aku menggulung lidah
kerana aku belum bersedia
menjadi pengkhianat kepada kerajaan diriku

kota diam diri yang dibina ini
bukan untuk memencil diri
atau mementing hiasan peribadi
tapi kota diam diri yang dijaga ini
telah termetri dalam akta batinku

19.09.2009
Jam 1.25 Pagi
Taman Nikmat, Kota Belud, Sabah.

3 comments:

azrone said...

Yan bagian diam badan, ngelulus akta a, minggo besidang. un pan politik wang perwakilan endiam batin a?

Norawi Hj Kata said...

susah bana pan ngejawab prsoalan tu.tapi cubaku la.kalbu yg bersih lah mgkin boleh ngelulus a,slps fikirn,nafas dll brsidng.(tito pan aku le soalan nu tu...)politik wang nyaun lah endiam batin.tapi iblis yg ngaruh

Unknown said...

Salam, Saudara Ardy,

Ini puasa malam raya ni kan.....